INFO TERKINI

Sarawak dapat RM124 juta buka 124 PI1M
MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) NIAH SUAI, KG SEPUPOK OLEH YB DATO' JAILANI JOHARI TIMBALAN MENTERI KKMM PADA 19/04/2016
Peluang Menjadi Usahawan/Staf Pengurusan PI1M 2016

Klik Untuk Maklumat Penuh

Calon-calon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkeyakinan adalah dipelawa untuk
mengisi jawatan Pengurus dan Penolong Pengurus bagi Projek PI1M secara kontrak kepada
Nera Infocom (M) Sdn Bhd yang dilantik sebagai penyelaras projek.

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT PENUH

Latihan Usahawan PERCUMA! Daftar Segera!



Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan.

Kempen "Klik Dengan Bijak"

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.

Matlamat Kempen

Antara tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan satu Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.



Golongan Sasaran

Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga.

Mesej Utama

Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Informasi Lanjut Klik Sini